Sunday 9 February 2014

KEMAHIRAN BERBAHASA

KEMAHIRAN BERBAHASA



kemahiran lisan
Kemahiran mendengar 
•Kemahiran mendengar : Merupakan kemahiran yang paling asas dan ia berlaku di peringkat penerimaan (receptive level).

Seseorang murid yang telah menguasai kemahiran ini harus dapat mendengar dengan baik maklumat yang disampaikan dan memahami apa yang disampaikan seterusnya menginterpretasikan apa yang mereka fahami daripada maklumat tersebut.

Dalam buku ‘Pengajaran Dan Pembelajaran Lisan’ yang ditulis oleh Kamarudin Haji Husin menyatakan bahawa pendengaran merupakan gabungan segala yang didengar, difahami dan dingat.


Kemahiran bertutur
•Kemahiran bertutur : iaitu kegiatan melafazkan bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan manusia.
 •Merupakan kemahiran interaksi menggunakan bahasa. Ianya berlaku pada peringkat productive level. Ianya tidak boleh dicipta oeh pelajar tetapi ia mesti ditiru dan diajuk.
 •Dalam kemahiran bertutur sebutan dan intonasi amat dititikberatkan, oleh itu guru mestilah dapat memastikan murid mereka dapat membezakan sebutan dan intonasi yang betul dan sesuai dengan yang tidak betul dan kurang sesuai.
• Menjadi tugas guru juga dalam memastikan murid dapat mengesan perbezaan makna yang dibawakan oleh intonasi yang berbeza walaupun menggunakan frasa yang sama tetapi dalam konteks yang berlainan.
Kemahiran mendengar dan bertutur (lisan)
 •Kemahiran lisan merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum menguasai kemahiran yang lain.
• Lisan adalah percakapan atau pertuturan iaitu satu kegiatan melahirkan bahasa melalui suara atau sebutan. 
•Kemahiran lisan bukan sahaja penting dalam pembelajaran bahasa tetapi juga penting dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain.


Objektif mengajar kemahiran mendengar dan bertutur
Objektif kemahiran bertutur
(a) menyebut dengan jelas;
(b) menyampai atau melahirkan pendapat peribadi;
(c) melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat;
(d) memberi penerangan dan al asan;
(e) menunjuk arah;
(f) membina soalan untuk mencari maklumat;
(g) bertemu ramah;
(h) bertukar-tukar pendapat dan maklumat;
(i) bertutur secara bertatasusila; dan
(j) bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi.

Ojektif kemahiran lisan


(a) memperoleh idea;
(b) mencari isi-isi penting;
(c) melakukan arahan/ tindak balas;
(d) mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan;
(e) mengenal pasti isi-isi yang tersirat;
(f) mentafsir makna-makna yang te rsirat,
(g) mengenal pasti ‘mood’ penutur, suasana, dan keadaan/ konteks, dan
(h) mengesan ‘pengaruh’ penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda,
iaitu seperti memberi yang baik sahaja, menggunakan nama orang-orang
terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan.

Faktor yg mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran mendengar dan bertutur
Ada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi pertuturan iaitu :-
a)Faktor Kecerdasan: Ini bermaksud kecerdasan otak yang dihubungkan dengan kemampuan menghasilkan bahasa.
b)Faktor Kesihatan: Ini bermaksud jika seseorang kanak-kanak itu mendapat sakit berlanjutan di masa kecil, penguasaan bahasa mereka akan terganggu. Biasanya kanak-kanak yang lemah dan sakit tidak mempunyai kekuatan untuk berfikir dan bercakap.
c)Faktor Fizikal: Pertuturan biasanya terhasil daripada organ-organ vokal manusia. Jika secara fizikalnya didapati organ-organ ini rosak atau tidak lagi berfungsi maka sudah pasti kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dengan baik.
d)Faktor Alam Sekeliling: Biasanya faktor taraf sosioekonomi dan perhubungan keluarga boleh mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak.
e)Faktor Jantina: Melalui kajian-kajian yang telah dijalankan didapati kanak-kanak perempuan lebih dahulu bercakap daripada kanak- kanak lelaki. Ini disebabkan oleh perkembangan jasmani kanak- kanak perempuan yang berkaitan dengan urat saraf pertuturan mereka berlaku lebih cepat daripada kanak-kanak lelaki.
Faktor mempengaruhi kemahiran mendengar:
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar.
Antaranya ialah faktor fizikal. Kanak-kanak normal mempunyai deria pendengaran yang semula jadi sejak ia dilahirkan. Peringkat kemahiran ini berbeza antara seseorang. Ada yang mempunyai pendengaran yang tajam dan ada yang sebaliknya walaupun mereka tidak tergolong dalam cacat pendengaran.
Faktor yang kedua ialah faktor jantina. Terdapat perbezaan kemahiran antara mendengar antara kanak-kanak lelaki dan perempuan, misalnya kanak-kanak lelaki yang berumur antara 7-9 tahun lebih lemah kefahaman mendengar berbanding dengan kanak-kanak perempuan yang sebaya dengannya.
Faktor yang ketiga ialah status sosioekonomi. Letar belakang keluarga, termasuk kemudahan di rumah dan interaksi antara ahli-ahli keluarga mempengaruhi kebolehan mendengar kanak-kanak. Latar belakang keluarga juga boleh mempengaruhi emosi kanak-kanak. Kanak-kanak yang terganggu emosinya tidak akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang didengar.
Fakor yang keempat ialah faktor bunyi. Semasa mendengar biasanya seseorang itu diganggu oleh pelbagai jenis bunyi seperti bunyi bising yang boleh mempengaruhi kebolehan mendengarnya.
Faktor yang kelima dan terakhir ialah faktor mental. Kemahiran mendengar berkait rapat dengan daya pemikiran seseorang kerana sesuatu yang didengar melalui deria telinga akan melalui proses mental untuk mendapat tindak balas. Tahap pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mereka mendengar.




KEMAHIRAN MEMBACA

 Bacaan Mentalis
Bacaan mentalis ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Kelajuan bacaan mentalis lebih pantas daripada bacaan mekanis kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan mekanis seperti nada suara, sebutan yang jelas dan sebagainya tidak diperlukan dalam bacaan mentalis. Bacaan mentalis ini dijalankan sesudah murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan bacaan mekanis.
Tujuan
(a) Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dengan sendiri.
(b) Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dan memahami apa yang dibacanya,
(c) Untuk melatih murid-murid membaca senyap dengan pantas.
(d) Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk mendapatkan pengetahuan.
(e) Dapat menggunakan kemahiran membaca mentalis untuk hiburan.

Aktiviti bacaan mentalis
(a) Bacaan ini adalah bacaan untuk kefahaman.
(b) Bahan-bahan yang diajar mestilah berperingkat-peringkat daripada bahan-bahan yang sedikit dan senang kepada bahan-bahan yang banyak dan susah.
(c) Guru memberi dan menentukan bahan bacaan. Semasa pelajaran dijalankan guru membantu dan memandu murid-murid yang lemah.
(d) Guru bersoal jawab dan membincangkan perkataan dan rangkai kata yang susah.

Bacaan Mekanis
mekanis ialah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Bacaan bersuara biasanya dilaksanakan di kelas-kelas rendah atau pada peringkat kelas permulaan. Gunanya adalah untuk latihan teknik supaya kanak-kanak dapat menyembunyikan bunyi-bunyi sebutan dengan sebutan, gaya, dan rentak irama yang sempurna.

Tujuan
Bacaan mekanis mempunyai beberapa tujuan:
(a) Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.
(b) Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca yang betul.
(c) Mengembangkan atau mempelajari unsur bahasa seperti tatabahasa, kosa kata dan juga apabila menggunakan kamus.
(d) Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula berhenti pada tempat-tempat berhenti yang betul.
(e) Dapat menggunakan kemahiran bahasa dalam mata-mata pelajaran yang lain.
(f) Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca bersuara.
(g) Dapat mengenal pasti laras bahasa yang pelbagai.
(h) Menikmati unsur estetik dalam bahan bacaan.
(i) Dapat mengulas isi yang terdapat dalam bahan bacaan.

Aktiviti bacaan mekanis
Antara cadangan aktiviti bacaan mekanis;
(a) Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai dengan kebolehan dan umur murid-murid.
(b) Bersoal jawab dan membantu murid-murid dengan perkataan-perkataan dan rangkai kata yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan-perkataan itu.
(c) Guru membaca sebagai contoh dan murid-murid menyemak bacaan guru.
(d) Guru membaca dan murid-murid mengikut. Boleh dilakukan secara kelas atau kumpulan.
(e) Guru memandu murid-murid membaca secara individu bergilir-gilir.
(f) Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid-murid mengenai isu bacaan untuk menguji kefahaman mereka. Ini boleh dilakukan secara lisan dan bertulis.
Bacaan intensif
Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping itu, ia memberi tekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid.

Konsep
(a) Ia merupakan satu kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa pelajar di bawah pimpinan guru.
(b) Ia memberi asas untuk pengajar memberi penjelasan atau keterangan mengenai struktur yang sukar dan juga memberi asas untuk memperkembangkan perbendaharaan kata.
(c) Ia dikaitkan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa iaitu susunan kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar dalam bacaannya.
(d) Ia mengembangkan lagi usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan.
(e) Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap amat penting.

Tujuan
(a) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik. Betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik.
(b) Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan itu dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus.
(c) Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya.
(d) Menilai atau mengulas isi-isi yang diperolehi daripada bahan-bahan yang dibaca.
(e) Mengesan, memaham dan menikmati unsure-unsur estetik dalam bahasa.
(f) Mengenalpasti laras bahasa yang berbagai-bagai.
(g) Membuat rumusan atau kesimpulan daripada apa yang dibaca dan sebagainya.

Aktiviti bacaan intensif
(a) Bahan-bahan bacaan intensif ini bolehlah dibincangkan bersama oleh pelajar-pelajar dalam kelas, kadang-kadang dianalisa dan seterusnya dijadikan asas untuk latihan-latihan menulis.
(b) Pelajar-pelajar patut dibenarkan menggunakan kamus atau sebuah buku teks rujukan tatabahasa.
(c) Aktiviti dalam kelas hendaklah ditukar setiap hari. Hari pertama misalnya, mengkaji perkataan dengan menggunakan imbuhan, hari kedua ‘latihan perkamusan’, hari ketiga ‘latihan meneka maksud mengikut konteks’, hari keempat ‘membaca dengan laju’ dan sebagainya.
(d) Soalan-soalan untuk bahan Bacaan Intensif boleh dipelbagaikan iaitu bentuk objektif, bentuk salah betul, bentuk lisan ataupun bentuk jawapan bertulis.
(e) Segala kajian harus dibuat secara mendalam.

Bacaan Ekstensif
Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya memberi tumpuan kepada beberapa aspek terutamanya menitikbemtkan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memaham dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. Mengikut kebiasaannya, melalui bacaan ekstensif ini murid akan dapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan.


Bacaan skimming
Bagaimana Melakukan skimming?
Skimming dilakukan dengan cara membaca judul bab, sub bab, dan beberapa alinea pertama dalam setiap bab-nya. Jika buku tersebut memuat kesimpulan dalam tiap bab, maka anda dapat pula membaca sekilas ringkasan tadi.
Fungsi skimming adalah mendapatkan idea utama tentang topik bacaan, bukan detailnya. Jadi skimming dapat dikatakan berhasil jika anda boleh mendapatkan idea pokok dan boleh membayangkan apa yang dibahas dalam keseluruhan isi buku secara umum.
Proses skimming ini sangat berharga sebelum anda membaca secara mendalam halaman demi halaman. Dengan skimming anda mempersiapkan otak untuk menghadapi bahan bacaan yang sesungguhnya. Selain itu skimming juga berguna menciptakan rasa ingin tahu, memastikan apakah buku yang akan dibaca sesuai dengan yang diharapkan, dan mendapatkan pokok cerita.
Fungsi Skimming
Selain untuk melakukan pembacaan sekilas, skimming juga berguna dalam banyak proses membaca lainnya. Adapun beberapa alasan mengapa skimming dapat dilakukan tanpa harus terlalu khawatir kehilangan makna adalah:
-Kebanyakan kalimat hanya memiliki beberapa kata penting yang menjadi pembentuk strukturnya. Dengan menghilangkan kata-kata lain yang tidak terlalu penting, maka makna kalimat sudah dapat ditangkap tanpa harus kehilangan makna sesungguhnya. Pada kesempatan yang akan datang saya akan membahas hal ini yang dikenal pula dengan nama telegraphic reading.
- Dalam bahan bacaan yang cukup tebal, tidak semua bahagian memiliki tingkat kesulitan yang sama. Ada bahagian tertentu yang memang relatif lebih ringan dan mudah dipahami dibandingkan dengan bagian yang lain. Bahagian yang ringan dapat dibaca dengan sangat cepat lewat skimming sedangkan bagian yang lebih sulit dibaca secara lebih lengkap dan teliti.
- Ada kata-kata tertentu yang sangat penting dan berperan dalam membentuk struktur kalimat yakni subjek dan predikat. Masing ingat pelajaran bahasa Indonesia dulu? Subjek-Predikat-Objek-Keterangan (SPOK)? Dengan menguasai struktur kalimat dalam bahan bacaan dan menguasai terutama Subjek dan Predikat, maka inti bacaan sudah dapat dikenali. Karena itu, berfokuslah pada kata benda dan kata kerja. Selain itu, kuasai pula kata-kata penghubung yang bisa mengubah makna kalimat secara nyata jika kata-kata tersebut dihilangkan. Kata-kata tersebut antara lain: tidak, bukan, meskipun, akan tetapi, sebaliknya, pada sisi yang lain, dst.
Proses Skimming
Karena skimming berguna untuk mendapatkan gambaran umum suatu bahan bacaan, maka perlu koordinasi yang baik ketika melakukan skimming dengan otak yang aktif bertanya, menganalisa, membandingkan, serta membuat kesimpulan.
Oleh karena itu, jangan dianggap skimming seperti membaca sambil lalu. Sebaliknya, dibutuhkan proses membaca aktif di mana semua indera yang terlibat bekerja, mulai dari mata, otak, bahkan indra lain seperti penciuman dan pendengaran. Membaca aktif adalah ketika Anda seolah-olah masuk ke dalam bahan bacaan itu sendiri dan bisa mendengar, mencium serta merasakan apa-apa yang dituliskan.

Berikut adalah bagian-bagian penting yang perlu diperhatikan ketika melakukan skimming:
• Baca cover atau jacket buku yang biasanya menjelaskan tema besar buku tersebut dan mengapa buku tersebut penting buat Anda
• Baca kata pengantar. Banyak orang malas membaca pengantar karena dianggap basa-basi. Hal tersebut keliru. Kata pengantar seringkali sangat penting karena penulis biasanya menjelaskan proses penulisan buku tersebut dari awal sampai selesai serta pendekatan yang digunakannya. Dari kata pengantar Anda bisa mendapat gambaran apakah buku yang sedang dipegang memang layak untuk dibaca sampai selesai atau sebenarnya tidak penting buat Anda. Bagian yang berupa ucapan terima kasih, penghargaan dan sejenisnya bisa dilewatkan.
• Baca daftar isi. Ya, banyak orang juga melewati bagian ini dan langsung melompat ke bab pertama. Ingat, daftar isi memberi gambaran struktur pembahasan dalam buku. Ini akan membantu Anda menguasai bahan bacaan dalam konteks yang besar dan lengkap. Selain itu, tidak setiap bab penting untuk dibaca. Ada bab-bab yang bisa jadi sudah Anda pahami dari buku-buku yang pernah dibaca sebelumnya sehingga bisa dilewatkan atau dibaca sekilas saja. Energi yang lebih besar nantinya dapat difokuskan pada informasi baru yang memang perlu Anda kuasai dari bahan bacaan tersebut.
• Baca judul bab, sub judul dan heading. Amati diagram, gambar dan keterangan tambahan. Secara cepat baca setiap halaman hanya 1-2 detik saja. Baca judul bab, sub judul, heading serta amati secara singkat gambar atau diagram yang menjadi penjelas bab tersebut. Dapatkan ide pokok hanya dari judul tadi. Ingat, Anda juga telah menguasai struktur penulisan ketika mempelajari daftar isi sebelumnya.



KEMAHIRAN MENULIS 


  Peringkat Perkembangan Menulis


Tulisan dan bacaan mempunyai hubungan yang rapat dan saling melengkapi.  Seseorang akan membaca hasil tulisan seseorang dan hasil tulisan seseorang pula adalah untuk dibaca oleh orang lain.  Begitu juga apabila seseorang menulis, dia juga sedang membaca apa yang ditulisnya.  Tulisan adalah lambang-lambang bunyi yang diwakili oleh perkataan-perkataan yang ditulis.  Apabila lambang-lambang yang ditulis itu dibaca atau dibunyikan semula, maka barulah wujudnya bahasa melalui tulisan itu. Melalui tulisan manusia melahirkan perasaan, fikiran, dan juga kemahuan mereka.  Melalui tulisan juga manusia dapat menikmati keindahan bahasa melalui penulisan yang indah dan penulisan yang banyak memberi maklumat.





Jenis Kemahiran Menulis

Secara umumnya terdapat dua jenis kemahiran menulis yang diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.  Pertamanya adalah kemahiran menulis secara mekanis dan keduanya kemahiran menulis mentalis.

Kemahiran menulis secara mekanis menekankan kepada aspek tulisan yang betul, kemas, cantik, dan mudah dibaca.   Kemahiran ini melibatkan koordinasi otot-otot tangan dan jari dengan aspek visual dalam  menulis perkataan-perkataan.  Kemahiran menulis secara mekanis diberi tumpuan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak iaitu di peringkat pra sekolah dan tahap satu sekolah rendah (Tahun 1 hingga tahun 3).  Kanak-kanak berkeperluan khas  bermasalah pembelajaran (PKBP) menunjukkan penguasaan kemahiran menulis secara mekanis yang sangat lemah.  Mereka didapati sukar menulis  huruf –huruf dengan betul dan juga cara menulis huruf  yang salah. 

Kemahiran menulis secara mentalis adalah kemahiran menulis untuk pelahiran idea, perasaan, memberi maklumat, bercerita,  dan sebagainya.  Kemahiran ini melibatkan proses kognitif dan perlu dipupuk melalui latihan-latihan yang berterusan sehingga kemahiran tersebut dikuasai dengan mantap.  Kemahiran menulis secara mentalis ini hanya diperkenalkan  oleh guru kepada murid-muridnya setelah mereka menguasai kemahiran menulis secara mekanis.  Dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,  penulisan secara mentalis diajar melalui aktiviti penulisan berkenaan dengan sesuatu aspek seperti  menyatakan kehendak, menyatakan perasaan, menyatakan pendapat, bercerita, memberi maklumat seperti menulis berita, dan menulis puisi.



Peringkat Perkembangan Pengajaran Menulis

Kemahiran menulis perlu dikuasai oleh  kanak-kanak secara berperingkat-peringkat mengikut kesediaan  dan keupayaan mereka.  Sebelum mereka mula diajar menulis, ibu bapa dan guru perlu memastikan yang mereka sudah mempunyai kesediaan menulis.  Kanak-kanak perlu bersedia dari segi kemahiran motor halus iaitu kemahiran mengawal otot-otot jari dan juga pergerakan jari.  Oleh itu kanak-kanak perlu didedahkan dengan pengalaman-pengalaman menggunakan  jari seperti  menggenggam, meramas, melorek, mencubit, menggentel, memegang, dan sebagainya.  Kesemua kemahiran ini diajar secara tidak langsung menggunakan berbagai alat dan permainan.   Kanak-kanak juga perlu bersedia dari segi keupayaan pengamatan visual melalui latihan

 dan permainan tertentu.  Selain itu kanak-kanak juga perlu menguasai kemahiran tatabahasa asas seperti boleh menggunakan pelbagai jenis pola dan struktur ayat mudah.


Pengajaran kemahiran menulis di sekolah rendah dapatlah dibahagikan kepada tiga peringkat (Kamarudin Hj. Husin, 1988):



i.              peringkat pra menulis



ii.            peringkat mendirikan  asas (peringkat mekanis)



iii.           peringkat untuk pelahiran (mentalis)





Peringkat Pra menulis

Kanak-kanak sudah boleh diajar kemahiran pra menulis sekiranya ia sudah mempunyai kesediaan menulis seperti pergerakan otot-otot tangan dan jari jemari serta sudah dapat membuat pengamatan visual iaitu sudah boleh membezakan dan mengecam benda-benda.  Pada peringkat ini  otot-otot tangan dan jari dilatih supaya lebih kemas dan teratur pergerakannya dan juga dapat memegang pensel dengan betul dan kemas.  Selain itu latihan-latihan koordinasi mata dan tangan dilakukan dengan banyak supaya kanak-kanak dapat meniru bentuk-bentuk  yang dilihat. Pada peringkat pra menulis, aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah untuk melatih pergerakan tangan, koordinasi mata dan tangan, latihan-latihan pergerakan mata melalui lakaran-lakaran terkawal dan lakaran bebas yang dilakukan oleh kanak-kanak.  Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffmann (1991) kanak-kanak sepatutnya sudah boleh melakukan perkara-perkara berikut sebelum mereka diajar menulis.



i.              Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan, dan depan ke belakang.

ii.            Menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometri dan garisan putus.

iii.           Menyambungkan titik-titik di atas kertas.

iv.           Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke bawah, dan bawah ke atas.

v.            Melukis bulatan arah lawan jam, garis melengkung, dan bulatan arah jarum jam.

vi.           Melukis garis condong.

vii.          Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk, dan

viii.        Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan  bentuk huruf-huruf tersebut.



KEMAHIRAN SENI BAHASA

 Sesuatu yang berseni lazimnya merupakan sesuatu yang indah. Yang dapat menghasilkannya, hanyalah orang yang berjiwa seni dan ada kemahirannya. Seni itu pula ada bermacam-macam, termasuklah seni berbahasa.
Seseorang yang ada seni dalam berbahasa akan dapat menghasilkan bahasa yang berseni, baik dalam tulisan mahupun ucapan. Dalam berbahasa, selain perlu menggunakan bahasa yang betul, kita juga boleh menggunakan bahasa yang berseni dalam karya tertentu, seperti karya sastera. Puisi, simpulan bahasa dan pantun merupakan antara karya sastera yang sangat menekankan unsur seni atau keindahan bahasanya. Melalui karya tersebut, penulis dapat menyampaikan sesuatu secara halus dan bijaksana. Misalnya, amanat, teguran dan jenaka dapat disampaikan secara halus tanpa menyakitkan hati yang membaca atau mendengarnya. Hal ini memperlihatkan betapa masyarakat Melayu begitu mementingkan kesusilaan dalam berbahasa yang menjamin keharmonian hidup bermasyarakat.
Selain itu, bahasa yang berseni juga boleh digunakan dalam situasi tertentu, seperti ucapan dan pengacaraan majlis. Misalnya, menyelitkan pantun dan simpulan bahasa yang ada mesejnya berkaitan dengan sesuatu yang ingin disampaikan. Keupayaan mengungkapkan buah fikiran menggunakan gaya bahasa yang halus dan indah dapat menyampaikan maksud dengan cara yang lebih berkesan dan sopan. Bagi karyawan seni pula, bahasa yang berseni ini biasanya digunakan dalam lirik lagu.
Walau bagaimanapun, kini dalam dunia politik, ada pihak tertentu yang kurang memberikan tumpuan terhadap hal ini. Kata dan ungkapan yang bersifat kasar dilontarkan sesuka hati dan boleh menyinggung perasaan golongan tertentu. Hal ini sepatutnya tidak dilakukan oleh masyarakat yang berbudi bahasa dan mengamalkan nilai murni, seperti yang ditekankan oleh pihak kerajaan melalui “Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni”.
























No comments:

Post a Comment